UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Nama : Raduaan Bin Hassan
No Matriks : D20102042142
PROGRAM PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
Friday, 2 December 2011
Monday, 24 October 2011
Siapa Cikgu Raduaan Hassan???
Assalamualaikum...
Ada tak orang yang nak kenal cikgu Raduaan???
Tak Kenal Maka Tak Cinta...
Saya akan ceritakan serba sedikit tentang diri saya.
Pada tahun 1996 saya mendapat tawaran dari Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor untuk mengikuti Diploma Pendidikan Malaysia. Setelah bertungkus lumus belajar, akhirnya pada tahun 1999 saya berjaya mendapat Diploma Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 2000 saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang. Selama 10 tahun berkhidmat di sana, banyak pengalaman yang saya dapat. Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia tahun 3 selama 10 tahun. Di Sekolah Telok gadong jugalah saya bertemu jodoh dengan isteri saya sekarang yang pada masa itu sama-sama bertugas di sekolah yang sama.
Pada 20 Ogos 2006 kami telah diijabkabul. Hasil perkahwinan ini alhamdulilah kami telah dikurniakan 2 orang putera. Pada tahun 2010 saya dan isteri telah bertukar ke Kelantan dan ditempatkan bersama-sama di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, 17610 Kuala Balah, Jeli. Sekarang kami mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6.
Sunday, 23 October 2011
Cikgu dah jadi 'blogger'...
Assalamualaikum...
Blog... blog... dan blog...
Dalam beberapa hari ini saya melawat banyak blog kawan-kawan seperjuangan...
Selain daripada tujuan untuk meningkatkan trafik (blog masih baru la katakan), nak la juga tengok
blog rakan-rakan seperjuangan PJJ UPSI... Makin lama makin ramai jadi 'blogger'. Agaknya dah ramai
yang jatuh cinta dengan dunia blog ni. Memang ada hikmahnya bila kena buat kerja kursus ni... betul tak?
Tapi bukan itu yang nak diketengahkan hari ini...
Sekadar memberi pendapat...
Saturday, 22 October 2011
Nota Murid : Ayat Aktif dan Ayat Pasif
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Ayat PasifAyat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.
Jenis-jenis Ayat Aktif
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya bina.
b) Kereta itu kami beli.
b) Jambatan itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
· Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.
Elakkan
daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti
pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan
sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)