UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Nama : Raduaan Bin Hassan
No Matriks : D20102042142
PROGRAM PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Monday 24 October 2011

Siapa Cikgu Raduaan Hassan???

 Assalamualaikum...
Ada tak orang yang nak kenal cikgu Raduaan??? 
 
Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Saya akan ceritakan serba sedikit tentang diri saya.

Nama saya Raduaan Bin Hassan. Saya dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Kampung Alor Pinggan, Gelam Mas, 17010 Pasir Mas, Kelantan 33 tahun yang lalu. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Gelam Mas. Kemudian belajar di Sekolah Menengah Meranti, Pasir Mas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Pada tahun 1996 saya mendapat tawaran dari Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor untuk mengikuti Diploma Pendidikan Malaysia. Setelah bertungkus lumus belajar, akhirnya pada tahun 1999 saya berjaya mendapat Diploma Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2000 saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang. Selama 10 tahun berkhidmat di sana, banyak pengalaman yang saya dapat. Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia tahun 3 selama 10 tahun. Di Sekolah Telok gadong jugalah saya bertemu jodoh dengan isteri saya sekarang yang pada masa itu sama-sama bertugas di sekolah yang sama.

Pada 20 Ogos 2006 kami telah diijabkabul. Hasil perkahwinan ini alhamdulilah kami telah dikurniakan 2 orang putera. Pada tahun 2010 saya dan isteri telah bertukar ke Kelantan dan ditempatkan bersama-sama di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, 17610 Kuala Balah, Jeli. Sekarang kami mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6.







1 comment:

  1. ni bulih buak contoh karangan bibiliografi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...